..Hantarkan Karya anda kepada kami, karyaassohwah@gmail.com. Karya anda akan kami siarkan disini. Blog ini adalah Hak Milik As Sohwah Group Sdn Bhd..

Sahabat Sejati Hingga Ke Syurga

Bismillahirahmanirahim..

"Masih awal lagi, baru pukul 1 pagi"gumam Afifah bila Hawa menegurnya supaya tidur. Dia berdengus kasar, matanya tajam merenung laptopnya.

Hawa terdiam, bukan dia tidak kenal Afifah yang suka berfacebook, chatting, dan melayan cerita korea malam-malam sehingga habis. Namun dia memang terganggu tidurnya kerana sesekali Afifah gelak sakan depan laptop kesayangannya. Entah apa dibualkan bersama teman chattingnya. Mungkin juga kelucuan yang sekali sekala dalam cerita yang ditontonnya.

Hawa menarik nafas, istighfar menghiasi hati, sedikit senyuman terukir dibibirnya. Aku harus sabar, bisik hati kecil Hawa. Dia bingkas bangun untuk ke bilik air mengambil wudhu'. Terasa air wudhu' yang menyegarkan wajah dan hatinya di pagi buta penuh indah itu. Hawa menggigil kesejukkan, berjalan perlahan menuju ke bilik semula. Pintu dikuak perlahan, Hawa ingin menunaikan solat tahajjud. Telekung dicapai dibirai katil, sengaja dia meletakkan disitu agar jika dia tersedar daripada tidur di malam hari, matanya akan terus tangkas melihat telekung tersebut. Biarlah malam harinya dihiasi ibadah kepada Allah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini situasi biasa yang di alami di zaman universiti, juga berlaku bagi sekawan yang tinggal di rumah yang sama. Situasi ini akan menyebabkan berlakunya perbalahan, memasam muka, salah faham, masalah mengantuk di waktu pagi dan sebagainya. Masalah mengantuk menjadi satu isu penting akibat kurang tidur. Namun, kita sebagai umatnya harus menteladani Rasulullah saw. Ketahuilah, Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.

Bagaimana cara untuk mengelakkan ketiduran selepas solat subuh? Tips untuk mengelakkan tidur adalah:

01.Solat Subuh
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma’thurat atau al-Quran.

02.Senaman
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.

03.Sembang
Rupanya borak-borak pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga buat kalau ada sahabat yang turut tidak tidur lepas subuh. Tapi jangan sembang benda- benda yang melalaikan nanti pagi-pagi sudah kumpul dosa. Bagi suami isteri, ambil masa ini untuk bermusyawarah bagi berbincang permasalahan juga berkongsi kasih sayang melalui saling nasihat menasihati dan mengingati.

04.Mendengar tazkirah pagi.
Bagaimana lagi? Dengan mendengar tazkirah pagi. Sambil-sambil menyapu, hiasi halwa telinga dengan mendengar sesuatu yang indah untuk di dengarkan. Dapat juga ilmu yang baik.

05.Sarapan
Sediakan sarapan di awal pagi. Sarapan pagi itu penting untuk kesihatan. Ambillah berupa sarapan amalan Rasulullah saw.

Kesimpulannya, mesti istiqomah ya untuk melaksanakan tips ini dengan sempurna supaya betul-betul berkesan. Selamat beramal.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Melihat kelibat Hawa yang menunaikan solat tahajjud dengan penuh khusyuk dan tawadduk, terdetik perasaan malu dalam Afifah. Hawa tidak menjawab walau sepatah jawapan yang dia berikan tadi. Selama ini memang Hawa tidak pernah berkasar dengannya. Sikapnya yang suka ketawa dan menekan keyboard laptopnya dengan kasar dan kuat selalu mengganggu Hawa yang tengah tidur. Mata Afifah tidak beralih daripada memerhatikan pergerakan solat Hawa. Matanya beralih pula kepada dirinya, merenung kembali. Dia jarang menunaikan solat Tahajjud, seingatnya mungkin hanya tiga kali seumur hidupnya. Jika solat sunat juga jarang, bagaimana dengan solat fardhu yang wajib? Afifah menangis, solat fardhu dia selalu tinggalkan fardhunya. Selalu tertangguh. Kadang-kadang sahaja dia lakukannya. Mudahnya dia leka dengan kehidupan dunia.

Usai Hawa solat, Afifah terus meluru memeluk sahabatnya itu. Senyuman terukir dibibir Hawa. Hatinya bertasbih. Betapa Allah itu baik kepada hambaNya, mengurniakan Hidayah tidak mengira waktu dan masa. Sahabat sejati membawa kita ke jalan Allah.

Karya Assowah..

0 comments

Jurnal Inspirasi Diri

Bismillahirahmanirahim..

Ingin berubah kepada yang lebih baik memerlukan kecekalan dan tekad yang teguh. Kadang-kadang tekad kita akan teruji dengan pelbagai musibah dan Ujian daripada Allah. Niat kerana Allah yang bisa membimbing kita untuk terus istiqomah dalam melakukan perubahan tersebut. Kami terfikir bagaimana memberikan solusi yang baik kepada anda supaya sentiasa teguh dengan pendirian untuk berubah. Alhamdulillah, dengan niat murni itu maka lahirlah buku Jurnal Inspirasi Diri yang diinspirasikan oleh Prof Dr Muhaya. Buku ini merupakan buku kami yang terlaris.

Sebuah jurnal yang akan membimbing anda ke arah melakukan transformasi terhadap 5 aspek penting dalam hidup anda. Turut dimuatkan bersama jurnal ini, kata-kata motivasi sebagai inspirasi pencetus kekuatan dan pembakar semangat yang akan memberikan hasil dan impak yang besar kepada hidup anda. Anda akan teruja kerana ia pasti memberikan perubahan kepada hidup anda!

Jika anda masih tercari-cari satu aset untuk memulakan perubahan dalam hidup, jurnal ini merupakan pilihan terbaik buat anda sebagai peneman setia agar anda dapat:

1. Belajar membuat pilihan yang tepat dalam menentukan keputusan kepada hidup anda

2. Menghentikan tabiat negatif serta merta

3. Menggunakan kekuatan minda untuk membuat perubahan

4. Membina fikiran positif di samping membuka 'mata hati' anda

5. Meningkatkan kekuatan dalaman diri melalui pendekatan kerohanian

Berubah kerana Allah - Prof Dr Muhaya

Untuk mengetahui cara menggunakan Jurnal, klik sini --> http://www.youtube.com/watch?v=q2_jENEQ-6k

Karya As Sohwah..


0 comments

Celik Mata, Reset Minda

Bismillahirahmanirahim..

Buku - Celik Mata Reset Minda

Apa itu Celik Mata?

Allah mengurniakan setiap daripada kita sepasang mata fizikal. Kita juga mempunyai mata hati. Celik Mata yang dimaksudkan adalah mata yang melihat kekuasaan Allah dan hikmah dalam apa juga suasana. Seseorang yang celik mata fizikal dan buta mata hati tidak akan merasai nikmat hidup yang seimbang. Seseorang yang celik mata hati akan melihat dengan lebih jauh nilai kehidupan.


Ramai yang terperangkap dengan melihat kelemahan orang lain dan persekitaran kita. Sedangkan apabila melihat cermin, tanyakan kepada diri kita, "Adakah aku yang melihat atau yang dilihat?"

Penting bagi kita menguatkan kerohanian dan menajamkan penglihatan mata hati supaya dapat memberi makna yang lebih indah dalam kehidupan.

Apa itu Reset Minda?

Reset minda bermaksud set semula minda daripada negatif dan positif. Daripada ingin menerima kepada ingin memberi dan akhirnya daripada mengejar cita-cita kepada mencari makna. Manusia mampu mengawal tiga perkara dalam kehidupan sehariannya iaitu apa yang difikirkan, apa yang digambarkan dan tindakan yang dilakukan. Jadilah insan yang mengambil tanggungjawab atas setiap perkara yang berlaku.

Kita harus sentiasa menekan butang reset minda supaya kita sentiasa positif dan membentuk gambaran yang baik sahaja dalam minda. Minda yang sihat dan positif membentuk emosi positif yang akan mempengaruhi tindakan yang positif bagi menghasilkan tindakan positif.

* Petikan dipetik daripada buku Celik Mata, Reset Minda.
Dalam buku ini anda akan dapat mengenali siapa diri anda, segala yang positif semoga bermanfaat untuk semua, yang negatif buang dan jadikan sempadan dalam menjalani kehidupan.
Celik Mata, Reset Minda anda..Muhasabah Diri..

Dapatkan buku ini dipasaran sekarang, pembelian secara online http://assohwah.com/buku-buku-terbitan-assohwah/publications/books atau di cawangan buku berdekatan.

Karya As Sohwah..

0 comments

Ramadhan yang Dinanti

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, lusa bermulanya puasa. Aku menghitung sisa masa yang tinggal. Sesekali aku melirik ke arah jam dinding, terasa begitu cepat masa berlalu. Malam ini akan diumumkan tarikh Ramadhan tahun ini yang dinantikan oleh umat islam. In Shaa Allah.

Jadual untuk bulan puasa aku tidak siapkan lagi, ya Allah. Hatiku berdesis perlahan. Betapa kesibukan menjadi alasan yangku reka untuk menutup kesalahanku sendiri terhadap diri. Tanganku pantas menaip. Menghabiskan sisa kerja yang ada. Sedaya aku ingin menghabiskannya supaya sempat untukku merangka jadual perjalanan ibadahku sepanjang bulan puasa nanti.

----------------------------------------------------------------------------------

Malam, niat puasa:

Nawaitu saumagadin an'adai fardi syahri ramadhana hadzihissanati lillahita'ala

Maksudnya: 

"Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala"


04.45 am – Bangun pagi, baca doa dan ucapkan kesyukuran “Alhamdulillah, terima kasih Allah masih diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa tahun ini” Ameen..Ambil Wudhu dan tunaikan solat Tahajjud..

05.30 am – Selepas panaskan lauk, sahur. Bismillahirahmanirahim..

05.50 am – Selepas mandi, berwangian(..tidak berlebihan, untuk mengadap Allah kena wangi..) bersiap gerak pergi surau berdekatan untuk Solat Subuh, Ya Allah, semoga aku diberi kekuatan untuk menunaikan solat subuh disurau setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Baca Quran jangan lupa ya!!!

06.45 am – Balik dari Surau, bersiap untuk pergi kerja pulak..haaa..

07.45 am – Gerak pergi kerja..(..solat sunat Dhuha, Zohor dan Asar sekali..kerja sampai petang..)

04.30 pm – Balik kerja, gerak untuk ke Bazaar Ramadhan..(Berbelanja ikut keperluan, membazir amalan Syaitan..)

07.20 – 07.30 pm – Berbuka puasa, bersiap-siap pergi Solat Terawih..(..semoga Istiqomah)..Ameen..

09.00 pm – Balik Terawih~sambung baca Quran..

09.30 pm – Buat kerja yang tertunggak..

11.30 pm – Sebelum Tidur, banyakkan berselawat ke atas Nabi, Muhasabah diri dan maafkan semua kesalahan orang yang pernah berbuat salah kepada kita. “Bismikallahumma Ahya Waamut”

----------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, siap jugak jadual bulan puasaku. Terima Kasih Allah. Semoga Ramadhan tahun ini penuh bermakna dengan kehadiran bulan yang mulia ini. Tidak lupa juga untuk mengingatkan diri supaya selalu mengingati mati dan banyakkan bersedekah. Konsep islam sangat mudah, semoga Allah redha. Allahu Allah.


Salam Ramadhan daripada kami, As Sohwah Group Sdn Bhd

Karya As Sohwah..

0 comments

Warna Warni Majlis Pelancaran

Bismillahirahmanirahim..

Sejarah tercipta, Tanggal 07 Julai 2013 menjadi kenangan indah buat Prof Dr Muhaya. Majlis Perlancaran Buku Biografi Prof Dr Muhaya berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Disini kami ingin kongsikan kegembiraan bersama anda.

Mohd Hafiz Majid - Videographer As Sohwah bersama team Videographer yang lain

Ketibaan YAB Tun Hajjah Rahah diiringi oleh Prof Dr Muhaya

Pengacara Majlis - Azizah Ariffin

Kata-kata aluan daripada Prof Dr Muhaya

Pelancaran dirasmikan oleh YAB Tun Hajjah Rahah

Prof Dr Muhaya terharu atas kesudian Tun Hajjah Rahah merasmikan Buku Biografinya

Cenderahati kenang-kenangan daripada Prof Dr Muhaya kepada Tun Hajjah Rahah


Artis Jemputan - Nazrey 

Artis Jemputan -Heliza Helmi







Dari Kiri - Prof Dr Muhaya, Azizah Ariffin(Pengacara Majlis) dan Rozninah Abd Azib(Penulis Buku Biografi) 

Alhamdulillah, berlangsung dengan jayanya. Semoga bermanfaat untuk semua. Kami, pihak As Sohwah ingin mengucapkan sejuta rasa terima kasih kepada semua yang menyokong kami selama ini.

Dapatkan Buku Biografi Inspirasi di Pasaran Sekarang

Karya As Sohwah..



0 comments

Amputation Ayah

Bismillahirahmanirahim..

Penghujung tahun 2012, sekali lagi mencatat sejarah pada keluarga kami.


Pada hari jumaat bertarikh 16 November 2012 pukul 3 petang. Sekali lagi ayah sudah dijadualkan untuk pembedahan memotong kaki kanan sehingga dibawah paras lutut atau diatas lutut. Pembedahan sekali lagi dijalankan ditempat sama seperti tahun lepas. Di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.



Kali ini aku agak "bertuah' kerana berpeluang untuk menyaksikan pembedahan / pemotongan kaki ayah sebelah kanan pula. Untuk pembedahan kali ini, kami sekeluarga telah bersedia dan redha. Kerana kami sekeluarga sudah mempunyai pengalaman pada tahun lepas.

Operation Kali Pertama

Pada tahun lepas 2011, segala-gala terjadi dengan pantas. Dalam seminggu. Mula-mula, semua kuku kaki ayah tertanggal tapi ayah tak rasa sakit apa-apa walaupun berdarah. Lepas tu jari kaki mula menghitam. Kebetulan ayah dialisis buah pinggang. Suruh doktor checked sekali kaki ayah. So, disahkan kaki ayah dah rosak. Memang tak pernah terlintas pun dalam otak kami sekeluarga mengenai pemotongan kaki. Dan, ayah terus dihantar ke HAT Tuanku Mizan.

Yang buat aku sedih, sebab aku tak berpeluang langsung nak jumpa ayah disebabkan aku dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Tiba-tiba dimaklumkan oleh abang aku, ayah bakal dipotong kaki sebelah kiri. Memang kami sekeluarga tak boleh terima. Tapi nak buat macam mana.Dengan hati terpaksa kami redha walaupun hati sedih sangat. Aku dapat tengok ayah selepas operation dalam unit ICU, pilu tak payah cakaplah. Macam mana tak sedih, sebahagian daripada anggota badan ayah sendiri hilang. Kalau tersembunyi takpe juga, tetapi ni boleh dilihat orang ramai. Lama-lama benda ni, kami sekeluarga sudah boleh terima. Siap boleh buat jokes lagi dengan ayah aku pasal kaki dia. Kalau orang lain tengok mesti rasa lain macam je. Mungkin sebab tak biasa.



Pembedahan kali kedua dijadualkan pada hari jumaat pukul 3 petang tetapi ayah aku sudah diwajibkan berpuasa pada pukul 4 pagi lagi.Ketika itu yang berada disisi ayah aku adalah emak, aku sendiri dan abang wan.

Kalau nak tahu inilah geng-geng Doktor Askar yang bertanggungjawab menjalankan operation ke atas ayah. Gambar ni di ambil pada pagi jumaat hari pembedahan. Second operation ni, barulah aku dapat jumpa doktor-doktor lelaki yang handsome. Nasib baik tak dihantarnya Doktor perempuan, siapa nak tengok.Hahahah. Handsome itu sangat penting okay di waktu muram durjana.

Tempoh nak tunggu waktu pembedahan memang lama sebab kitaorang tak diberitahu. Ayah pula dah berpuasa terlebih awal sebelum pukul 4 pagi lagi. Kesian pula tengok ayah meminta air. Emak aku yang cepat kesian. Aku akui, aku kurang kesian sikit. Sebab orang perempuan ni hati dia cepat rasa kesian dan aku perhatikan cepat rasa kesian menyebabkan banyak kerja tertangguh. Contoh, kejadian nak potong kaki. Aku tahu ramai perempuan tak sampai hati nak potong kaki ayah sendiri walapun aku sendiri menyaksikan macam mana ayah aku berguling-guling atas katil sampai ke bawah lantai menahan sakit kaki akibat daging yang sudah mati dengan bau busuk seluruh rumah. Aku dengan emak aku terjaga pukul 3 pagi tengok ayah aku terjatuh dari katil gara-gara sakit kaki. Dengan ayah aku yang tak cukup tidur sebab menahan sakit. Salah satu kelebihan ayah aku ni, dia tak pernah merungut langsung ketika dia sakit. Orang yang tak sakit pula, merungut lebih. Malu. Tapi, aku tahu ayah aku sakit walaupun ayah aku tak bercakap. Dari melihat ayah aku macam tue, aku redha untuk operation kali kedua ini.


Ketika operation hendak bermula, abang wan dibenarkan masuk oleh kawan-kawan doktornya. Semasa didalam sana, Abang Wan ada hantar sms kat kami yang tinggal kat luar ni. Abang Wan beritahu, jantung ayah stop kejap dan operation kali kedua ini kami sekeluarga sudah dimaklumkan lebih awal mengenai risiko serangan jantung ketika operation dijalankan. Antara hidup dengan mati. Antara ayah menahan sakit dengan bau masam dikaki sebab daging dah busuk dengan mengambil risiko pembedahan. Kami sekeluarga memilih risiko pembedahan sebab pakar tulang dah bagitahu kaki ayah memang dah rosak teruk.

Bila dapat sms tue, kami yang kat luar ni dah mula rasa sayu. Emak dan abang long dah mula baca Yaasin dengan suara tersekat-sekat. Aku dah mula fefeeling terlebih. Sempat lagi updated status facebook. Selepas baca Yaasin, emak dan Abang Long pergi solat. Lepas tue Kak Arfah dan anak-anak saudara aku sampai. Disebabkan tengok aku fefeeling terlebih. Kak Arfah suruh anak-anak saudara aku pergi solat juga. Abang Wan yang tak mahu bagi tekanan pada kawan-kawan dalam bilik bedah, keluar sama-sama tunggu selesai operation. Masa tue, masing-masing dah redha. Masing-masing dah faham risiko.

Tepat pukul 6 petang. Ada nurse datang, bagitahu ayah aku sudah dipindahkan ke Unit ICU.



Kami sekeluarga terus ke unit ICU. Alhamdulillah ayah selamat. Hanya 2 orang sahaja dibenarkan masuk dalam satu masa. Tak boleh masuk ramai-ramai. Abang Wan pun pelik, sebab jantung ayah memang lemah masa operation sebab ayah aku dipengsankan menggunakan gas. So, jantung ayah aku diwajibkan untuk "bertugas" sendiri ketika operation sedang dijalankan. Memandangkan risiko untuk membuat injection dibahagian belakang akan menyebabkan kerosakan otak pula. Ajaib. Kuasa Allah.


Masa aku masuk dalam Unit ICU. Tengok muka ayah tengah berkerut-kerut. Separuh sedar menahan sakit. Tak boleh tengok lama-lama. Sedih.

Kaki ayah yang sudah dipotong dimasukkan kedalam plastik kuning.


 Kemudian ditanam oleh Abang Long.



Alhamdulillah. Hari ini, ayah sudah pun dibenarkan pulang ke rumah. Dihantar oleh adik lelaki aku. Dia bekerja sambil ulang alik ke hospital. Teman emak dan uruskan ayah di wad. Tahniah adik aku, sudah kenal erti tanggungjawab.

Sekian :)

Kongsi Karya: Ms Jawahir Kamarudin










0 comments

Tips Anak Pintar

Bismillahirahmirahim..

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
Si Kecil Cerdik: Hauraa' Nurul Iman Mohd Farid

Kongsi Karya: Tips Anak Pintar ~ Nurul Iman

2 comments

Diari Celik Saya

Bismillahirahmanirahim..

Anda sudah mendapatkan buku yang comey dan penuh manfaat ini daripada kami? Pastinya bakal merubah hidup anda. Buku ini sarat dengan intipati perancangan yang betul dalam menguruskan masa anda.

Ada yang kata, buku ini hanya sesuai untuk golongan kanak-kanak, tapi bagi saya tidak sebab buku nie sesuai untuk semua golongan umur. Golongan dewasa pun boleh. Kandungannya sama dengan Jurnal Inspirasi Diri, cuma bezanya buku ini banyak animasi menarik. Waaa..sangat-sangat cantik.

Dalam buku nie, kita boleh merancang jadual kita dengan teratur. Malahan ada sudut untuk kita merenung diri untuk tahu sepanjang hari apa yang kita dapat. "Ada, Beri, Dapat"..Ingat kata-kata nie? Prof Dr Muhaya, Pakar Inspirasi yang menuturkannya. Sampai sekarang saya ingat. Jadi panduan hidup, kita bukan manusia sempurna. Hargai kehidupan anda ya.

Untuk yang tidak mengetahui, CELIK merupakan akronim untuk (Creative, Efficient, Loving, Innovative, Knowledgeable) dan dalam bahasa Malaysia bermakna (Kreatif, Efisyen, Penyayang, Inovatif, Berilmu)..

Subhanallah, cantiknya aturan yang Allah berikan bukan. Diari ini adalah bagi menggalakkan pengguna mensyukuri nikmat dari Allah SWT dengan menyatakan secara spesifik nikmat apa yang disyukuri pada setiap hari.

Semoga pengguna diari ini dapat membina jiwa yang bertaqwa, bersyukur dan sentiasa berfikiran positif terhadap segala perkara yang berlaku. Allah maha mengetahui segala apa yang terbaik untuk hambaNya. Allahumma Amiin..

* Dapatkan buku ini di pasaran yang berdekatan dan berhampiran anda..

Karya AsSohwah..


0 comments

Majlis Perlancaran Buku Biografi

Bismillahirahmanirahim..


InsyaAllah, tanggal 07 Julai 2013 akan menjadi saksi bagi hari bersejarah untuk Majlis Perlancaran Buku Biografi Prof Dr Muhaya..Buku ini sarat dengan penceritaan kisah hidup dan pengalaman beliau sepanjang menjadi doktor, isteri, pakar motivasi, anak, ibu dan kawan kepada anak-anak dan peminat beliau..

Istimewanya buku ini:

1. Bakal memberi motivasi kepada pembaca.

2. Sarat dengan kata-kata hikmah oleh Prof Dr Muhaya.

3. Tips menjadi isteri solehah, ibu teladan dan doktor yang berjaya.

Dan banyak lagi...insyaAllah bermanfaat untuk semua. Dapatkan di pasaran selepas Majlis Pelancaran Buku Biografi..Anda akan mengetahui rahsia suka duka dan pengorbanan yang dilalui oleh Pakar Inspirasi Kesayangan ramai ini..

Karya As Sohwah..

2 comments

Bagaimana Menjadi Suami Terbaik?

Bismillahirahmanirahim..

Bagaimana menjadi suami terbaik? bukannya mudah ya, untuk menjadi suami terbaik kebiasaannya lelaki akan merasakan segala pemberian berupa permintaan dan kemewahan kepada isteri sudah menjadikannya terbaik, salah tue! Para suami selalu abaikan kepentingannya..juga dianggap remeh..haaa..

1. Suami yang selalu memuliakan isterinya. Dimatanya isteri adalah yang terbaik daripada segala yang terbaik. 

2. Suami yang selalu menampakkan senyuman diwajahnya buat isteri. Bermakna, walaupun penat pulang bekerja jangan bawa masalah di tempat kerja apabila mengadap isteri. Hargai isteri yang juga kepenatan melayan karenah anak-anak (bagi surirumah) dan hargai isteri yang juga penat balik bekerja dan kemudiannya juga bekerja untuk suami.

3. Seorang suami yang menjadi Qawwan (Pemimpin&Pelindung) kepada keluarga. Haa..jadilah IMAM yang hebat bagi bahtera rumah tangga anda. Jika salah cara kemudi, musnahlah kapal.

4. Seorang suami yang begitu teguh dan berjuang mencari nafkah yang halal untuk isteri dan anak-anak. Jangan sesekali memberi makan anak-anak dan isteri dengan rezeki yang tidak halal. Daripada Abu Zar r.a Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT suka melihat hambaNya berusaha dengan berpenat lelah mencari rezeki yang halal" (Hadith Riwayat Al-Dailami) ..dipetik daripada sumber..

5. Suami yang tidak pernah penat untuk mengingatkan, membimbing, serta memaafkan kesalahan isterinya. Isteri bukan sempurna, Allah ciptakan dengan banyak kelemahan. Suami kena selalu bersabar, selalu mengingatkan isteri jika alpa, bimbing di kala isteri leka dan selalu bersedia untuk memaafkan isteri. Jangan pernah meninggikan suara kepada isteri. Isteri ibarat cerminan sang suami.

6. Seorang suami yang menjadi seorang nakhoda dalam keluarga untuk mengharungi samudera kehidupan agar selamat menuju pelabuhan hakiki iaitu Syurga Allah. Pemimpin yang berjaya adalah bila berjaya membawa keluarganya ke pelabuhan yang sentiasa ke arah kebenaran.

7. Juga yang selalu berpegang teguh kepada firman Allah:

"Wahai orang-orang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada seksa Api Neraka.."
(Q.S At Tahrim 6)

Semoga ramai lelaki yang menyedari komitmen mereka yang besar terhadap isteri dan anak-anak mereka. Ini kerana, lelaki yang sedemikian sahajalah yang mampu menjadi PEMIMPIN yang sebenar dalam keluarga. Yang bisa menjadikan rumah tangganya syurga bagi siteri dan anak-anaknya. Allahumma Aminn..

InsyaAllah bermanfaat..

* Buah hatiku, berbagi ilmu penting untuk motivasi dan inspirasi keluarga Muslim. Semoga ada hal yang mustahak didalamnya..


Kongsi Karya: Aishah Humaira'




0 comments

Calendar July 2013

Bismillahirahmanirahim..

Istimewa buat semua keluarga As Sohwah, Kalendar Bulan Julai 2013 daripada kami..

Cantik tak? Terima Kasih Designer Kami, Cik Sazuani..

Sudah Bersedia untuk Ramadhan? Jom audit diri anda, tinggal 6 hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Bagi yang sudah menggantikan puasa, Tahniah kepada anda. Bagi sesiapa yang belum..hurmmm..mohon didoakan semoga panjang umur untuk menggantikannya.

Allahu Allah, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..


0 comments

Seminar Celik Momz



Bismillahirahmanirahim..

Seminar Celik Momz yang diadakan baru-baru ini berjaya mendapat tempat dihati peserta. Program yang yang diadakan pada 30 Jun 2013 ini bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam Selangor selama 1 hari.

Seminar ini diadakan bertujuan untuk:

1. Mendidik golongan ibu agar mampu berdikari, celik mata hati untuk melaksanakan tanggungjawab dengan kelikhlasan berpanjangan kepada anak-anak mereka.

2. Menjadikan golongan ibu/bakal ibu/wanita dan juga para suami peka terhadap pasangan, juga terhadap anak-anak mereka.

3. Tips hidup bahagia yang diberikan berdasarkan pengalaman sendiri oleh semua penceramah untuk menjalankan tanggungjawab dalam berumah tangga.

4. Kekuatan yang diberikan berdasarkan sunnah Rasulullah dan disampaikan oleh penceramah kepada peserta untuk diaplikasikan dalam rumah tangga.

Dan banyak lagi manfaat yang boleh anda dapatkan.



3 comments

~Selamat Datang~

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah, syukur dengan limpah kurniaNya terbinanya Medan Karya AsSohwah.

~Keluarga AsSohwah~

0 comments