Bismillahirahmirahim..
Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar.
Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk
melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya
potensi dirinya.
1. Pengulangan
Bayi
cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara
konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang
warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad
atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat.
Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan
cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang
berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna
itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak
anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja
pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda
untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.
2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo
goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya
sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi
jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi.
Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk
bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama
dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling
bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda
menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan.
Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan
bahasa yang betul.
3. Ganjaran
Seperti
anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka
memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik
pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok
mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah
gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja
dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi
ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan
memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.
4. Bacakan Buku
Anda
pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk
mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca
buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan.
Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia
merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit
buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain.
Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka
membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin
akan membaca sendiri nanti.
5. Mula Awal
Ajarlah
anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda.
Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya
abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan
pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor,
huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan
kecemerlangannya.
6. Bersabar
Percayalah
anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah
yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena
bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika
anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan
pengajaran sehingga anak anda pandai.
7. Penerokaan
Biarkan
bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar
memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk
bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet
kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu
selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.
8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar
anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang
menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira.
Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat
untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari.
Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.
9. Permudahkan
Jangan
meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat
mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa
untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk
belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa
yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah
berasa bosan.
10. Teruskan!
Untuk
memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran
setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil,
bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu
atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia
sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan
dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan
cemerlang.
Si Kecil Cerdik: Hauraa' Nurul Iman Mohd Farid
Kongsi Karya: Tips Anak Pintar ~ Nurul Iman
2 comments:
Totally agree.....
Semoga kita mendapat manfaat daripada sumber pembacaan yang sarat dengan dakwah ya..
Post a Comment