..Hantarkan Karya anda kepada kami, karyaassohwah@gmail.com. Karya anda akan kami siarkan disini. Blog ini adalah Hak Milik As Sohwah Group Sdn Bhd..

Amputation Ayah

Bismillahirahmanirahim..

Penghujung tahun 2012, sekali lagi mencatat sejarah pada keluarga kami.


Pada hari jumaat bertarikh 16 November 2012 pukul 3 petang. Sekali lagi ayah sudah dijadualkan untuk pembedahan memotong kaki kanan sehingga dibawah paras lutut atau diatas lutut. Pembedahan sekali lagi dijalankan ditempat sama seperti tahun lepas. Di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.



Kali ini aku agak "bertuah' kerana berpeluang untuk menyaksikan pembedahan / pemotongan kaki ayah sebelah kanan pula. Untuk pembedahan kali ini, kami sekeluarga telah bersedia dan redha. Kerana kami sekeluarga sudah mempunyai pengalaman pada tahun lepas.

Operation Kali Pertama

Pada tahun lepas 2011, segala-gala terjadi dengan pantas. Dalam seminggu. Mula-mula, semua kuku kaki ayah tertanggal tapi ayah tak rasa sakit apa-apa walaupun berdarah. Lepas tu jari kaki mula menghitam. Kebetulan ayah dialisis buah pinggang. Suruh doktor checked sekali kaki ayah. So, disahkan kaki ayah dah rosak. Memang tak pernah terlintas pun dalam otak kami sekeluarga mengenai pemotongan kaki. Dan, ayah terus dihantar ke HAT Tuanku Mizan.

Yang buat aku sedih, sebab aku tak berpeluang langsung nak jumpa ayah disebabkan aku dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Tiba-tiba dimaklumkan oleh abang aku, ayah bakal dipotong kaki sebelah kiri. Memang kami sekeluarga tak boleh terima. Tapi nak buat macam mana.Dengan hati terpaksa kami redha walaupun hati sedih sangat. Aku dapat tengok ayah selepas operation dalam unit ICU, pilu tak payah cakaplah. Macam mana tak sedih, sebahagian daripada anggota badan ayah sendiri hilang. Kalau tersembunyi takpe juga, tetapi ni boleh dilihat orang ramai. Lama-lama benda ni, kami sekeluarga sudah boleh terima. Siap boleh buat jokes lagi dengan ayah aku pasal kaki dia. Kalau orang lain tengok mesti rasa lain macam je. Mungkin sebab tak biasa.



Pembedahan kali kedua dijadualkan pada hari jumaat pukul 3 petang tetapi ayah aku sudah diwajibkan berpuasa pada pukul 4 pagi lagi.Ketika itu yang berada disisi ayah aku adalah emak, aku sendiri dan abang wan.

Kalau nak tahu inilah geng-geng Doktor Askar yang bertanggungjawab menjalankan operation ke atas ayah. Gambar ni di ambil pada pagi jumaat hari pembedahan. Second operation ni, barulah aku dapat jumpa doktor-doktor lelaki yang handsome. Nasib baik tak dihantarnya Doktor perempuan, siapa nak tengok.Hahahah. Handsome itu sangat penting okay di waktu muram durjana.

Tempoh nak tunggu waktu pembedahan memang lama sebab kitaorang tak diberitahu. Ayah pula dah berpuasa terlebih awal sebelum pukul 4 pagi lagi. Kesian pula tengok ayah meminta air. Emak aku yang cepat kesian. Aku akui, aku kurang kesian sikit. Sebab orang perempuan ni hati dia cepat rasa kesian dan aku perhatikan cepat rasa kesian menyebabkan banyak kerja tertangguh. Contoh, kejadian nak potong kaki. Aku tahu ramai perempuan tak sampai hati nak potong kaki ayah sendiri walapun aku sendiri menyaksikan macam mana ayah aku berguling-guling atas katil sampai ke bawah lantai menahan sakit kaki akibat daging yang sudah mati dengan bau busuk seluruh rumah. Aku dengan emak aku terjaga pukul 3 pagi tengok ayah aku terjatuh dari katil gara-gara sakit kaki. Dengan ayah aku yang tak cukup tidur sebab menahan sakit. Salah satu kelebihan ayah aku ni, dia tak pernah merungut langsung ketika dia sakit. Orang yang tak sakit pula, merungut lebih. Malu. Tapi, aku tahu ayah aku sakit walaupun ayah aku tak bercakap. Dari melihat ayah aku macam tue, aku redha untuk operation kali kedua ini.


Ketika operation hendak bermula, abang wan dibenarkan masuk oleh kawan-kawan doktornya. Semasa didalam sana, Abang Wan ada hantar sms kat kami yang tinggal kat luar ni. Abang Wan beritahu, jantung ayah stop kejap dan operation kali kedua ini kami sekeluarga sudah dimaklumkan lebih awal mengenai risiko serangan jantung ketika operation dijalankan. Antara hidup dengan mati. Antara ayah menahan sakit dengan bau masam dikaki sebab daging dah busuk dengan mengambil risiko pembedahan. Kami sekeluarga memilih risiko pembedahan sebab pakar tulang dah bagitahu kaki ayah memang dah rosak teruk.

Bila dapat sms tue, kami yang kat luar ni dah mula rasa sayu. Emak dan abang long dah mula baca Yaasin dengan suara tersekat-sekat. Aku dah mula fefeeling terlebih. Sempat lagi updated status facebook. Selepas baca Yaasin, emak dan Abang Long pergi solat. Lepas tue Kak Arfah dan anak-anak saudara aku sampai. Disebabkan tengok aku fefeeling terlebih. Kak Arfah suruh anak-anak saudara aku pergi solat juga. Abang Wan yang tak mahu bagi tekanan pada kawan-kawan dalam bilik bedah, keluar sama-sama tunggu selesai operation. Masa tue, masing-masing dah redha. Masing-masing dah faham risiko.

Tepat pukul 6 petang. Ada nurse datang, bagitahu ayah aku sudah dipindahkan ke Unit ICU.



Kami sekeluarga terus ke unit ICU. Alhamdulillah ayah selamat. Hanya 2 orang sahaja dibenarkan masuk dalam satu masa. Tak boleh masuk ramai-ramai. Abang Wan pun pelik, sebab jantung ayah memang lemah masa operation sebab ayah aku dipengsankan menggunakan gas. So, jantung ayah aku diwajibkan untuk "bertugas" sendiri ketika operation sedang dijalankan. Memandangkan risiko untuk membuat injection dibahagian belakang akan menyebabkan kerosakan otak pula. Ajaib. Kuasa Allah.


Masa aku masuk dalam Unit ICU. Tengok muka ayah tengah berkerut-kerut. Separuh sedar menahan sakit. Tak boleh tengok lama-lama. Sedih.

Kaki ayah yang sudah dipotong dimasukkan kedalam plastik kuning.


 Kemudian ditanam oleh Abang Long.



Alhamdulillah. Hari ini, ayah sudah pun dibenarkan pulang ke rumah. Dihantar oleh adik lelaki aku. Dia bekerja sambil ulang alik ke hospital. Teman emak dan uruskan ayah di wad. Tahniah adik aku, sudah kenal erti tanggungjawab.

Sekian :)

Kongsi Karya: Ms Jawahir Kamarudin










0 comments:

Post a Comment