..Hantarkan Karya anda kepada kami, karyaassohwah@gmail.com. Karya anda akan kami siarkan disini. Blog ini adalah Hak Milik As Sohwah Group Sdn Bhd..

Ramadhan yang Dinanti

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, lusa bermulanya puasa. Aku menghitung sisa masa yang tinggal. Sesekali aku melirik ke arah jam dinding, terasa begitu cepat masa berlalu. Malam ini akan diumumkan tarikh Ramadhan tahun ini yang dinantikan oleh umat islam. In Shaa Allah.

Jadual untuk bulan puasa aku tidak siapkan lagi, ya Allah. Hatiku berdesis perlahan. Betapa kesibukan menjadi alasan yangku reka untuk menutup kesalahanku sendiri terhadap diri. Tanganku pantas menaip. Menghabiskan sisa kerja yang ada. Sedaya aku ingin menghabiskannya supaya sempat untukku merangka jadual perjalanan ibadahku sepanjang bulan puasa nanti.

----------------------------------------------------------------------------------

Malam, niat puasa:

Nawaitu saumagadin an'adai fardi syahri ramadhana hadzihissanati lillahita'ala

Maksudnya: 

"Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala"


04.45 am – Bangun pagi, baca doa dan ucapkan kesyukuran “Alhamdulillah, terima kasih Allah masih diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa tahun ini” Ameen..Ambil Wudhu dan tunaikan solat Tahajjud..

05.30 am – Selepas panaskan lauk, sahur. Bismillahirahmanirahim..

05.50 am – Selepas mandi, berwangian(..tidak berlebihan, untuk mengadap Allah kena wangi..) bersiap gerak pergi surau berdekatan untuk Solat Subuh, Ya Allah, semoga aku diberi kekuatan untuk menunaikan solat subuh disurau setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Baca Quran jangan lupa ya!!!

06.45 am – Balik dari Surau, bersiap untuk pergi kerja pulak..haaa..

07.45 am – Gerak pergi kerja..(..solat sunat Dhuha, Zohor dan Asar sekali..kerja sampai petang..)

04.30 pm – Balik kerja, gerak untuk ke Bazaar Ramadhan..(Berbelanja ikut keperluan, membazir amalan Syaitan..)

07.20 – 07.30 pm – Berbuka puasa, bersiap-siap pergi Solat Terawih..(..semoga Istiqomah)..Ameen..

09.00 pm – Balik Terawih~sambung baca Quran..

09.30 pm – Buat kerja yang tertunggak..

11.30 pm – Sebelum Tidur, banyakkan berselawat ke atas Nabi, Muhasabah diri dan maafkan semua kesalahan orang yang pernah berbuat salah kepada kita. “Bismikallahumma Ahya Waamut”

----------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, siap jugak jadual bulan puasaku. Terima Kasih Allah. Semoga Ramadhan tahun ini penuh bermakna dengan kehadiran bulan yang mulia ini. Tidak lupa juga untuk mengingatkan diri supaya selalu mengingati mati dan banyakkan bersedekah. Konsep islam sangat mudah, semoga Allah redha. Allahu Allah.


Salam Ramadhan daripada kami, As Sohwah Group Sdn Bhd

Karya As Sohwah..

0 comments:

Post a Comment